Wednesday, August 4, 2010

Diri diri diri diri

Meluangkan waktu untuk diri sendiri. Yalah, sukar mencari masa merenung diri. Hanya sahaja merenung duniawi yang mengancam dan menarik pandangan mata. Dunia? Sungguh menggiurkan jiwa. Takutnya jiwa selalu mengkehendakkan dunia dan kebendaan. Dunia untuk akhirat tidak mengapa. Kalau dunia untuk penuhi hawa nafsu pula yang membimbangkan.

Rasa bimbang kebendaan menjauhkan diri dengan Pencipta. Jika kebendaan sebagai alat mendekatkan diri dengan Pencipta tentunya tidak mengapa malah ia menggalakkan. Hati 100% kepada kebendaan itu yang merbahaya. Hati 100% kepada Pencipta itu yang sebaiknya.

Bagaimana diri ini pula?

Adakah diri ini dapat menempuh segala ujian dunia. Kemiskinan itu sebuah ujian dan kekayaan juga sebuah ujian malah ia lebih berat. Adakah kekayaan yang kita kecapi mampu untuk kita terus bahagia di samping Yang Maha Esa? Atau kekayaan ini menjauhkan kita dari Sang Pencipta?

Jika kekayaan menjadi tanda orang berjaya sudah tentu Sang Fir'aun dan Qarun menjadi insan yang berjaya. Tetapi percaya bahawa Bilal lebih berjaya kerana ketaqwaannya kepada Pencipta.

Maka, sejauhmana diri ini menjejaki mereka-mereka yang berjaya?

Jika sudah menjejakkan kaki di hari akhirat kelak, sudah tentu tidak boleh kembali ke dunia melaksanakan kebaikan walaupun dengan menyebut perkataan istighfar dan subhanallah!

Sungguh, tiada kembali lagi.