Wednesday, August 4, 2010

Memandang Kehidupan

Saya cukup meminati beberapa rangkap ayat yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi berkenaan dengan topik masa dalam kehidupan. Perkara yang sudah lepas usah kita bimbang dan tangisi.

Mari kita hayati beberapa rangkap ayat Dr. Yusuf Al-Qardawi di bawah:

"Beriman dengan sifat Allah Subhana wa Ta'ala yang bersifat (Al-Qudrad) iaitu yang berkuasa adalah iman yang paling optimis dan positif, yang boleh menyingkapkan manusia dari angan-angan kosong dan kecewa. Seterusnya mendorong manusia untuk terus berusaha dan mempertingkatkan lagi prestasi pekerjaannya di masa akan datang".

Mari kita hayati pula sebuah sajak yang dideklamasi oleh seorang penyajak Arab berkenaan tajuk ini yang mengandungi hikmah:
Puisiku...!
Daku hanya merayu,
"Jika.....Jikalau...."
Tiada Pangkal,
Tiada Penghujung,
Hanya beban-beban......!!
Yang Pergi....!!
Usah diharap kembali,
Usah ditangisi
Insan biasa,
Mengorak langkah.
Tuhan bijak,
Dia mengatur,
Hibur hatimu,
Usah dikenang,
Usah diratapi
Kepada yang pergi....

Ada sahaja sesetengah manusia yang memandang kehidupan di masa akan datang dengan seribu kekecewaan. Mereka melihat masa depan mereka dengan gelap-gelita. Mereka memandang tiada erti lagi kehidupan ini. Sejarah hitam mereka yang sudah lepas membuatkan mereka tidak positif akan masa hadapan.

Tidak diragui lagi bahawa pandangan ini boleh menghancurkan kehidupan manusia dan masyarakat sekitarnya. Kehidupan individu yang tanpa sebarang hasrat dan cita-cita yang gemilang adalah merupakan masa depan yang amat sempit, lebih sempit dari sehalus-halus lubang jarum.

Seorang penya'ir arab ada berkata:

"Hidup tanpa sebarang cita-cita, hidup tidak memberi sebarang erti"

(Sumber: Detik-detik Masa dalam Kehidupan oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi)