Monday, July 19, 2010

Syaaban...

Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Selawat dan salam kepada junjungan alam, Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat.

Bulan Syaaban kembali, memberi satu ruang dan peluang kepada diri kita semua, agar dapat memperbaiki diri, untuk kehidupan yang lebih baik diakhrat. Bulan Syaaban merupakan bulan kita semua membuat persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang sentiasa dirindui...

Syaaban...


Dirawikan dari Ummah al-Bahili ra dia berkata... "Rasullah SAW bersabda: Manakala masuk bulan Syaaba, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu."

Dari Aisyah ra, dia berkata Rasullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakkan puasanya adalah dibulan Syaaban"

Dari hadis Usama ra, Aku berkata, "Wahai Rasullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan syaaban." Baginda bersabda

" Kerana itu bulan dimana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan, Itulah bulan dimana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul'Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa"

Syaaban..


Didalam bulan Syaaban ini terdapat satu malam yang dinamakan Malam Nisfu Syaaban. Malam dimana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun.. Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar dapat menghapuskan dosa seumur hidup.

Marilah kita sama-sama memenuhkan hari-hari dan malam-malam bulan Syaaban agar dapat kita memperbaiki diri kita serta bermohon kepada ALLAH SWT agar dapat temui pula malam Nisfu Syaaban dan Malam Lilatul Qadar... Sesungguhnya jaganlah kita meninggalkan bulan Syaaban ini tanpa apa-apa kerana mengejar bulan Ramadhan...

Marilah kita bermohon Kepada ALLAH SWT agar dia menghapuskan dosa kita dan seterusnya mengangkat amal-amal kita yang telah kita lakukan selama setahun...

Pasti terbayang disaat ALLAH SWT mengangkat amal kita...Perasaan Takut pasti menjelama.... Rasa sedih dan pilu terus menyelubungi hati,Persoalan terus bermain difikiran... Cukup kah amalan kita selama setahun ini?... Beratkah alaman kita? Apakah amalan yang kita laksanakan?

Marilah sama-sama kita berdoa pada ALLAH SWT agar memberi keizinan kepada diri kita, menyucikan diri dan merperbaiki niat... Semoga kita menemui ketenangan didunia dan kebahagian diakhirat..

Wallahualam